Berita terkini.
Pedekatan kerajaan PN yg baru berusia sebulan kini telah membuahkan hasil tanpa menunggu 100 hari pentadbiran.. Antara kejayaan yg jelas di mata rakyat adalah:
- Masalah jem kat sempadan Johor-Singapura selesai.
- Masalah jem kat KL pun takde.
- Petrol pun murah RM1.38. Kereta pun jarang digunakan. Hal penting baru gerak.
- Kualiti udara semakin bagus.
- Semua mula amal makan masakan sendiri di rumah. Buku resepi mula dibuka semula.
- Ekonomi naik sebab rakyat beli barang sampai licin kat pasaraya. Pandai pun beli barangan tempatan.
- Laki mula kenal yang mana caru, yang mana selar kuning, yang mana halia, yang mana kunyit, yang mana lengkuas.
- Toto, Magnum, Damacai tutup. Kasino Genting pun tutup. Tak ada orang berjudi.
- Kilang arak Anchor dan Carlsberg tutup operasi.
- Jumlah kes jenayah turun mendadak.
- Kes kemalangan jalanraya turun minimum.
- Suami, isteri dan anak anak lebih banyak masa bersama.
- Free Astro. Free movie kat iflix. Puas tengok TV. Puas tengok movie dan drama. 2-3 pagi pun orang tengok berita lagi.
- Dah pandai minum air kosong dengan banyak. Pandai basuh tangan, pandai jaga kebersihan. Dulu nak flush jamban lepas berak pun malas!
- Kenduri kahwin pun jimat.
- Solat lima waktu cukup
17.amal ibadah banyak dilakukan - Rumah tangga harmoni sebab suami isteri Serta anak2 membantu.
Sebalik musibah ada hikmahnya.
Allah hntar kuman je nk ajar manusia..👍
